Selasa, 10 Jun 2008

Elaun Keraian Kerajaan

Pendahuluan

Kerajaan berusaha sedaya upaya bagi mengurangkan tanggungan perbelanjaan negara bagi mengatasi masalah inflasi yang melanda berikutan kenaikan harga minyak global. Kenaikan harga minyak seolah-olah bom berangkai yang membawa kesan "collateral damage".

Tindakan Drastik!

Baru-baru ini YAB PM ada menyatakan bahawa Elaun Keraian yang diberi kepada Penjawat Awam dipotong sebanyak 10%. Tujuannya adalah bagi mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. Memang patut dipuji akan keputusan tersebut. Sebanyak RM2 bilion boleh dijimatkan apabila Kerajaan berbuat demikian.

Komen

Apakah tujuan maka diwujudkan elaun keraian? Untuk meraikan tetamu di dalam upacara rasmi. Adalah tidak wajar sekiranya Penjawat Awam menggunakan duit gaji sendiri bagi meraikan tetamu rasmi, maka Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan kepada mereka untuk tujuan tersebut. Persoalannya, berapa kerapkan setiap Penerima Elaun Keraian memerima tetamu rasmi atau mengadakan apa-apa acara rasmi. Mengapa tidak dipulangkan elaun tersebut sekiranya pada bulan tiada keraian? Bukankah lebih berhemah sekiranya bila ada tetamu barulah dibelanjakan. Gunakan duit sendiri dan claim kemudian atau wujudkan tabung khas untuk setiap Kementerian.

Cadangan

Lupuskan Elaun Keraian dan wujudkan tabung khas untuk setiap Kementerian dan buat tuntutan seperti biasa.

BELANJA BERHEMAH

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ramai anggap elaun tu untuk gaji mereka sendiri.. pastu duit tu gunakan untuk kepentingan sendiri..

Ir. Abdullah Ahmad berkata...

Tujuan elaun keraian bukanlah untuk meraikan org lain.. Semasa gred 41 tiada elaun keraian tetapi ada elaun khidmat awam bernilai rm300. Selepas naik pangkat ke gred 44 elaun khidmat awam akan digantikan dgn elaun keraian yg bernilai rm400. Bezanya hanyalah RM 100. Adakah semasa gred 41 elaun khidmat awam tersebut tidak perlu digunakan untuk meraikan tetapi tetapi setalah naik pangkat Dan diberikan elaun keraian kena Pula meraikan tetamu? Fahamailah benar maksud elaun keraian tersebut... Jangan main fitnah sahaja

Harap jwpn sama blh dijawab di MAHKAMAH ALLAH kelak...

Tanpa Nama berkata...

Harap jwpn sama boleh di jawab di MAHKAMAH ALLAH kelak & kepada '2 PEGAWAI' ALLAH liang lahad kelak...

Tanpa Nama berkata...

no komen..da naik pangkat..gaji pun dlm slip personal..bkn ada letak nama hangpa.. jgn la dok pertikai gaji org..gaji sendiri blom tentu bersih..semak la diri sendiri dulu..

Tanpa Nama berkata...

Memang la seseorang itu tidak berhak utk komen gaji atau pendapatan seseorang. Mari kita sama2 fahami sebenar kita hanya mncari apakah fungsi "elaun keraian" itu sndri dan apakah pengertiannya.....soal org tu nak bagi ke atau tidak dgn apa yg ia layak terima....itu terpulang la pd yg punya diri....rasanya ckup la setakat di situ sj......