Selasa, 10 Jun 2008

Elaun Keraian Kerajaan

Pendahuluan

Kerajaan berusaha sedaya upaya bagi mengurangkan tanggungan perbelanjaan negara bagi mengatasi masalah inflasi yang melanda berikutan kenaikan harga minyak global. Kenaikan harga minyak seolah-olah bom berangkai yang membawa kesan "collateral damage".

Tindakan Drastik!

Baru-baru ini YAB PM ada menyatakan bahawa Elaun Keraian yang diberi kepada Penjawat Awam dipotong sebanyak 10%. Tujuannya adalah bagi mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. Memang patut dipuji akan keputusan tersebut. Sebanyak RM2 bilion boleh dijimatkan apabila Kerajaan berbuat demikian.

Komen

Apakah tujuan maka diwujudkan elaun keraian? Untuk meraikan tetamu di dalam upacara rasmi. Adalah tidak wajar sekiranya Penjawat Awam menggunakan duit gaji sendiri bagi meraikan tetamu rasmi, maka Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan kepada mereka untuk tujuan tersebut. Persoalannya, berapa kerapkan setiap Penerima Elaun Keraian memerima tetamu rasmi atau mengadakan apa-apa acara rasmi. Mengapa tidak dipulangkan elaun tersebut sekiranya pada bulan tiada keraian? Bukankah lebih berhemah sekiranya bila ada tetamu barulah dibelanjakan. Gunakan duit sendiri dan claim kemudian atau wujudkan tabung khas untuk setiap Kementerian.

Cadangan

Lupuskan Elaun Keraian dan wujudkan tabung khas untuk setiap Kementerian dan buat tuntutan seperti biasa.


BELANJA BERHEMAH